Monday 2 November 2020

Etnik di Malaysia

Etnik Di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada lebih dari 200 etnik. Antaranya ialah Melayu,Cina,India,Iban dan lain-lain. Apabila wujudnya pelbagai etnik, ini akan memupuk perpaduan serta sentiasa menjadi agenda dalam pergurusan masyarakat dan pemerintahan negara. Oleh kerana wujudnya kepelbagaian budaya, agama dan bahasa dalam kalangan rakyat di negara ini, maka timbulnya pelbagai masalah yang melibatkan hubungan etnik. Boleh dikatakan bahawa perkauman akan sentiasa menjadi batas pemisah antara rakyat pelbagai kaum.Keadaan ini seterusnya boleh melahirkan ketegangan dan konflik antara kaum dan seterusnya boleh menyebabkan berlakunya pertumpahan darah.

 

Antara faktor-faktor wujudnya isu perkauman antara etnik ialah perbezaan unsur kebudayaan. Isu ini sering berlaku dari segi agama, bahasa dan adat, masyarakat juga tidak lali apabila perkara sebegini terjadi kerana sudah menjadi kebiasaan setiap kali isu ini dibahaskan oleh mana-mana pihak. Perkara ini terjadi oleh kerana setiap kaum ingin menpertahankan etnik masing-masing kerana tidak mahu kaum mereka dipersenda oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan ini juga menjadi salah satu ancaman apabila disentuh atau dipersoalkan.

 

Selain itu, faktor dari segi jarak sosial yang wujud akibat kurang berinteraksi. Ini terjadi apabila kekangan bahasa yang membataskan interaksi bangsa yang berlainan bahasa. Contohnya, perkara sebegini sering terjadi kepada masyarakat yang tinggal dikawasan perdalaman kerana kurang interaksi dengan orang luar. Ini disebabkan kekangan untuk mereka ke luar bandar disebabkan masalah kemudahan dan masa untuk sampai ke bandar memakan masa yang lama. Akibatnya etnik ini kurang mengambil tahu atau kurang mempelajari tentang etnik lain secara tidak langsung akan mengakibatkan salah sangka.

 

Seterusnya, perbezaan tempat tinggal dan pekerjaan. Sesetengah syarikat selalunya tidak mengambil pekerja dari pelbagai bangsa kerana tidak mahu berlakunya kekangan komunikasi antara pekerja dengan pekerja yang memerlukan komunikasi untuk melakukan tugas. Manakala perbezaan tempat tinggal pula ialah kebanyakkan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik lebih selesa untuk tinggal dengan etnik yang sama iaitu mengikut kaum.

 

Di samping itu,keengganan membuka dunia sosial. Sesetengah masyarakat sukar untuk membuka kaum mereka kepada dunia luar kerana takut disalahguna oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ini kerana mereka tidak mahu merasakan identiti bangsa mereka tercemar. Hal ini selalu terjadi kepada kaum yang tidak berapa dikenali kerana bagi mereka

 

Antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh etnik di Malaysia dari segi politik ialah di negara ini terdapat pelbagai parti politik yang berasaskan kumpulan etnik dan setiap parti politik akan memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya. Politik perkauman ini boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu dibuat tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak. Jika isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan dan ekonomi dibangkitkan, maka tindakan ini tidak akan menyumbang kea rah masyarakat yang bersatu padu.

 

Cabaran dari segi ekonomi pula, perbezaan dari segi pekerjaan di mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana dintayakan sbelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit. Akibat daripada dasar yang yang dicipta oleh British, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasikan oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di ladang-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja.

 

Cabaran dari segi sosial pula, pemisahan fizikal ini berlaku pada asasnya akibat keadaan geografi yang memisahkan etnik, kedudukan yang jauh terpisah ini di tambah lagi oleh dasar pecah dan perintah yang mengasingkan pemerintahan dan penempatan dimana orang melayu berada diluar bandar untuk menjalankan kegiatan ekonomi bertani dan ke laut. Orang India pula di estet dan ladang manakala orang Cina pula berada di bandar untuk melombong dan menjalankan perniagaan.

 

Cabaran dari segi keagamaan dan kebudayaan ialah perbezaan nilai dan agama setiap kumpulan mempunyai agama, kebudayaan dan bahasa yang berbeza. Orang Melayu, Cina dan India terus dengan sistemhidup yang berteraskan kebudayaan dan tradisi mereka. Setiap kumpulan etnik mempertahankan kebudayaan dan adat resam mereka, mengutamakan etnik dan mungkin juga menganggap kebudayaan mereka sahaja yang terbaik.

 

     Persoalannya bagaimanakah peranan setiap masyarakat berbilang kaum dalam memupuk etnik di Malaysia supaya terus kekal aman tanpa pertumpahan darah antara kaum lain. Antara peranan kerajaan dalam memupuk etnik di Malaysia ialah kerajaan menganjurkan aktiviti kemasyarakatan dan terbuka kepada semua kaum. Setiap kaum perlu mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh kerajaan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri sendiri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini.Contohnya mengadakan aktiviti gotong-royong.

 

Manakala peranan masyarakat dalam memupuk etnik di Malaysia pula ialah mengadakan rumah terbuka pada musim perayaaan juga dapat memupuk perpaduan di negara Malaysia. Pada musim perayaan, semua masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengadakan rumah terbuka kepada masyarakat kaum lain untuk memupuk semanagat perpaduan antara kaum. Misalnya, rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri oleh kaum Melayu, Tahun Baru Cina oleh etnik Cina, Hari Deepavali oleh bangsa India. Melalui rumah terbuka ini, kita dapat bersikap bergaul mesra dengan rakan-rakan yang terdiri daripada  pelbagai kaum, sambil itu mereka juga dapat menikmati makanan tradisional yang dihidangkan, Rentehan itu, kita akan lebih memahami budaya kaum lain dan memupuk persefahaman dalam masyarakat.

 

Seterusnya peranan pihak sekolah pula,iaitu melalui pendidikan juga dapat memupuk etnik di Malaysia. Melalui aktiviti Rancangan Intergrasi Murid untuk perpaduan atau dikenali sebagai RIMUP,pelajar-pelajar dapat berkawan dengan rakan-rakan daripada pelbagai bangsa dan latar belakang. Semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran berlaku, pelajar-pelajar mempelajari mata pelajaran mata pelajaran teras yang sama, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan sebagainya. Bahasa yang dipelajari ini memudahkan pelajar untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan yang lain. Pihak sekolah juga perlu memberikan aktiviti secara berkumpulan supaya pelajar dapat berkerjasama dengan rakan-rakan mereka dan juga merapatkan lagi hubungan antara merek dan yang terakhir ialah pihak sekolah mengadakan pertandingan yang melibatkan semua kaum contohnya pertandingan pakaian tradisional iaitu mengenakan pakaian tradisional yang jarang-jarang dilihat oleh anak-anak pada masa kini.

 

Peranan ibu bapa pula ialah mengalakkan anak-anak menonton filem daripada pelbagai etnik supaya anak-anak lebih mengenali kaum yang lain. Hal ini sedemikian kerana setiap anak akan lebih tertarik untuk mengetahui adat dan budaya kaum lain kerana keunikannya yang tersendiri.Etnik yang jarang-jarang dilihat juga akan menarik minat anak-anak untuk mengetahui lebih lagi tentang budaya tersebut. Selain itu, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak menonton persembahan kebudayaan yang dianjurkan oleh kerajaan. Persembahan sebegini boleh dilihat apabila tiba musim kemerdekaan iaitu setiap tahun akan dianjurkan oleh kerajaan untuk masyarakat lain mengenali etnik yang terlalu banyak dan unik di Malaysia.

 

Kesimpulannya,populasi etnik di Malaysia sehingga kini meliputi tiga etnik terbesar iaitu Melayu,Cina dan India. Pelbagai usaha diambil untuk meneruskan agenda nasional dan secara tidak langsung memupuk ke arah hubungan etnik yang harmoni dan bersatu padu. Diantaranya ialah pelaksanaan pelan pembangunan lima tahun, dasar Kebudayaan Kebangsaan dan sebagainya. Usaha untuk memupuk perhubungan etnik di negara ini tidak akan mencapai matlamatnya tanpa adanya kerjasama daripada semua pihak. Dalam era globalisasi ini banyak cabaran yang mampu menggugat perpaduan di kalangan etnik. Isu-isu internal dan external menyumbang kepada kegoyahan hubungan etnik jika tidak ditangani dengan bijak

 

Oleh itu terdapat pelbagai peranan yang perlu dilaksanakan untuk memupuk perpaduan di negara ini. Untuk mencapai peranan yang telah ditetapkan juga bukan mudah kerana setiap orang mempunyai pendapat masing-masing tentang isu ini. Proses untuk mencapai perpaduan antara etnik juga memerlukan masa yang lama serta memerlukan perancangan yang teliti, tepat dan bijak.  

 

 

Rujukan

https://www.slideshare.net/mobile/dinesh6904/hubungan-etnik-di-malaysia

https://www.slideshare.net/mobile/biiey/cabaran-cabaran-dalam-mengeratkan-hubungan-etnik

http://hasnahhussiin.blogspot.com/2013/10/nota-hubungan-etnik-ruang-untuk.html?m=1

 

No comments:

Post a Comment

Etnik di Malaysia

Etnik Di Malaysia Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada lebih dari 200 etnik. Antaranya ialah Melayu,Cina,India,Iban dan la...